kak long nurul zahid
in

Pergunakan nama Zahid Hamidi, Nurul Zahid masuk sekolahkan scammer

Berlaku sebuah drama di laman sosial Twitter baru-baru ini, apabila seorang pengguna memberi amaran untuk berhari-hati dengan seorang wanita bernama “Nia”, dan seorang teman lelaki kepada wanita tersebut bernama “Afiq”, jika sesiapa mahu berikan haiwan kepada pasangan tersebut. Namun timbul pula sebuah drama politik lain yang bersangkut dengan kisah itu.

Menurut tweet @nolongerskek, kedua-duanya didakwa kerana mendera kucing di bawah jagaan mereka. Pengguna Twitter itu juga mendakwa bahawa rumah Nia berada dalam keadaan menyedihkan, dipenuhi kutu dan ulat.

Dalam kemas kini terbaharu @nolongerskek, dia berkongsikan tangkapan skrin perbualan dengan “Afiq”.

gswee3

Katanya, ketika berdepan tentang teman wanitanya yang didakwa mendera haiwan, dia menjawab dengan meletak nama ahli politik dalam perbalahan tersebut.

Dalam tangkapan skrin itu, ia menunjukkan “Afiq” mendakwa bapa tirinya ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan juga menghantar gambar kad pengenalan Ahmad Zahid dengan mesej,

“Ni bapak saya. Cubalah. (This is my father, try me)”

Selepas kiriman Twitter @nolongerskek menjadi tular, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dimaklumkan mengenai perkara itu.

Adalah wajar jika seseorang mendakwa dirinya sebagai anak tiri bapa anda, anda sebagai anak kandung pasti ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita tersebut, terutamanya jika anda sendiri tidak pernah tahu pun kewujudan individu sedemikian seumur hidup anda.

Tanpa disangka, Nurul Hidayah berjaya mendapat nombor telefon untuk “Afiq” dan terus menghubunginya.

Okay sekarang ni Zahid Hamidi tu bapa saya, bapa kandung saya. Saya Nurul Zahid. Saya nak bersihkan nama bapa saya, kalau saya letak awak dalam penjara awak nak tak?

Dia memaklumkan bahawa “Afiq” telah mengaku bahawa dia menemui kad pengenalan Ahmad Zahid di Google, dan berkongsi dengan orang yang dia bertengkar demi untuk menakutkan mereka sahaja.

Dalam perbualan telefonnya dengan Nurulhidayah, “Afiq” berkata dia akan memohon maaf atas segala perbuatannya.

Sumber: Twitter

PS5 Project Q Ann 05 24 23

PlayStation mengumumkan peranti strim permainan PS5 dinamakan Project Q

ivan wong ff9

Usahawan kecantikan ini mendedahkan dia hampir berjaya membeli plat FF9 dengan harga RM909,999