DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 1700538129
in

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bincang isu konsert Coldplay dengan Mufti

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan membincangkan penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur bersama Mufti Wilayah Persekutuan, susulan desakan orang ramai supaya konsert itu dibatalkan.

Konsert itu dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, dan dijangkakan seramai 85,000 penonton akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan persembahan kugiran terkenal yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman, dan Will Champion. .

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah menggesa pihak penganjur membatalkan konsert Coldplay dengan menyatakan bahawa kumpulan itu menyokong kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang “jelas bertentangan dengan nilai murni dan budaya Malaysia.”

image

Perdana Menteri Ibrahim berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan mufti dan beliau sedar kerajaan terdahulu telah meluluskan konsert itu.

“Jadi ada masalah sikit, nak beritahu dalam kerajaan yang lalu telah luluskan juga.

“Saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini (penganjuran konsert) kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan juga di pejabat saya, menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.

“Tetapi kalau perkara ini dibangkitkan kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita setuju itu, akan saya bincang semula,” katanya.

anwar 3

Jelas Anwar, Coldplay adalah antara kumpulan yang menyokong Palestin dan ada pihak menggesa supaya konsert tersebut tidak dibatalkan.

“Coldplay ini antara kumpulan yang menyokong Palestin dan dalam kerajaan lalu pun ia diluluskan juga, jadi saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini.

“Kerana ada pelobi-pelobi dari gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin,” kata di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: Astro Awani

KWSP 01

Hampir separuh ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000

402930530 10229899360415724 6500438850654432827 n

Konsep tandas ‘open-air’ sekolah di Johor bagi pelajar lelaki dapat pujian netizen