Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut, selepas terjatuh dari jejantas SUKE dekat Ulu Kelang. Kejadian tersebut berlaku pada jam 1.05 tengah hari, apabila penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari Ampang menuju susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Ulu Kelang.
AMARAN: VIDEO AGAK GRAFIK
Kemalangan m4ut tghari ini di susur keluar highway SUKE menghala MRR2. Rider terbabas dan terjatuh ke bawah dan terkena pagar dan m4ut di lokasi.
ADA 7 lagi media seperti gambar dan video berkaitan kejadian ini…tonton di https://t.co/d0Q64Nu5gx pic.twitter.com/sQMXSQauMD
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 14, 2023
Visual yang diperoleh daripada rakaman video CCTV berdurasi 12 saat mendedahkan terdapat seorang penunggang motosikal dilihat melanggar arus dari arah MRR2 ke Lebuhraya SUKE. Sejurus selepas itu, kelihatan mangsa hilang kawalan, mungkin cuba mengelak daripada bertembung dengan motosikal yang bergerak ke arah bertentangan tersebut. Motosikal Ducati itu kemudian merempuh pembahagi jalan, mengakibatkan penunggangnya tercampak ke bawah jejambat.
Malangnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat, selepas hasil siasatan diperoleh dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.