Seorang penghantar makanan merosakkan motosikalnya dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di sini Isnin lalu selepas ditarik kerana tertunggak selama 34 bulan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, individu terbabit dipercayai dirakam orang ramai di sekitar lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.
Awat marah sngat tu…. pic.twitter.com/xOKBscg2fw
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 16, 2023
“Siasatan awal dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, individu tersebut bertindak menendang motosikal miliknya sebelum menyerahkan kepada ejen penarik kenderaan.
“Kejadian berlaku disebabkan individu berkenaan tidak berpuas hati kerana motosikalnya itu ditarik setelah mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan,” katanya.
Anbalagan berkata, setakat ini tiada kertas siasatan dibuka berkaitan kejadian itu kerana ia hanya melibatkan laporan berkaitan penarikan kenderaan.
Video yang tular di media sosial pada Sabtu menunjukkan lelaki penghantar makanan itu menendang motosikalnya beberapa kali sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian badan.
Perbuatan lelaki itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyatakan simpati dengan keadaannya, manakala ramai yang mengecamnya kerana merosakkan harta bendanya sendiri.
Sumber: X (Twitter)