rider racist ipoh 1
in

Penghantar makanan biadab dan perkauman dalam kejadian di Falim, Ipoh

Seorang lelaki yang juga bekerja sebagai pemandu penghantar makanan, telah ditahan polis di Ipoh, Perak kerana terlibat dalam membangkitkan isu perkauman serta mengeluarkan kata-kata kesat di sebuah restoran dekat Falim, Ipoh. Dia juga didakwa meludah dan menghina seorang wanita di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki itu telah ditahan kira-kira pukul 10.30 malam Isnin di Ampang Baru, Ipoh berikutan siasatan terhadap video berdurasi satu minit 18 saat yang tular di Twitter.

“Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berpelakuan aib,” ujarnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes itu, bagi mengelak daripada menghalang siasatan atau menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Sumber: Twitter

ea games

Arab Saudi meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat Electronic Arts (EA)

tr32223 google logo googleplex

Google akan padam akaun yang tidak aktif selama 2 tahun