Pakaian jururawat wanita yang didakwa tidak mematuhi Syariah dan terlalu mendedahkan telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial baru-baru ini.
Kontroversi itu bermula apabila Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Razali Wan Nor, menyuarakan pendapatnya di Dewan Rakyat dengan menyatakan jururawat wanita di fasiliti kesihatan kerajaan memakai pakaian ala Barat yang menekankan bentuk badan si pemakai, dan sangat bercanggah dengan tuntutan Islam.
Apabila isu itu mendapat perhatian ramai, ramailah masyarakat berkongsi pendapat dan pengalaman mereka berhubung perkara tersebut.
Tinjauan di Twitter mendedahkan beberapa individu yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi cabaran berkaitan isu itu.
Seorang jururawat, dikenali sebagai @apikovic di Twitter, berkongsi pengalaman dirinya ditugaskan untuk menjalankan ujian kesihatan di kawasan yang mencabar di bawah seliaan Pusat Kesihatan Daerah (PKD).
Iya. @KKMPutrajaya mmg tak pernh fikir. Cuaca panas. Pakai baju uniform . Ni nurse nak g Home visit patient dlm hutan pun wajib pakai uniform. Aku ingt lg aku kene pergi buat medical visit time banjir. Arahan dr PKD utk nurses pakai uniform pergi redah banjir n hujan. Bangang https://t.co/wNZjqXrcjc pic.twitter.com/FWdDfeiI2j
— apikovic (@apikovic) June 16, 2023
“KKM memang tak pernah fikir, cuaca panas kami pakai uniform. Jururawat nak melawat pesakit dalam hutan pun wajib pakai uniform.
“Aku ingat lagi pernah kena pergi buat lawatan kesihatan masa banjir, arahan dari PKD untuk jururawat memakai uniform pergi redah banjir dan hujan.
“PKD cuma ikut arahan atasan iaitu KKM, pihak yang di atas tolonglah buka hati buka mata kerja dengan ikhlas,” katanya.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat, tetapi sesetengah warga netizen percaya bahawa perlu ada perubahan dengan pakaian jururawat sekarang, namun bukan kerana ia dianggap terlalu mendedahkan atau seksi, tetapi atas sebab keselesaan dan kemudahan untuk si pemakai juga.
Sumber: Twitter