pontianak jb sg
in

Pengguna berkongsi foto entiti paranormal di pusat pemeriksaan Imigresen Johor dan Singapura

Ramai sedia maklum pusat pemeriksaan Imigresen Malaysia dengan Singapura adalah tempat yang sentiasa sibuk dengan kenderaan dan orang awam yang berulang-alik bekerja atau tinggal antara dua negara

Bagaimanapun, insiden baru-baru ini, sebuah hantaran di Facebook telah menarik perhatian netizen apabila foto entiti paranormal diambil di pusat pemeriksaan sibuk itu.

351528641 983778179724679 4678106387823645632 n

Seorang pengguna melaporkan dia juga ternampak entiti hantu sama di tingkat bawah berhampiran gantri itu. Penampakan itu dipercayai adalah Pontianak, entiti perempuan dengan jubah putih, rambut hitam panjang menutupi mukanya.

351818442 812744643243711 7607770524064781391 n

Katanya foto itu diambil pada hari Sabtu (3 Jun 2023) yang lepas, ketika dia sedang menggunakan laluan itu di waktu malam. Kapsyen pengguna ditambah pada foto tersebut memberitahu kemungkinan entiti hantu itu telah membantu kelancaran kenderaan pada malam tersebut.

Menariknya, rata-rata pengguna dalam komen meluahkan rasa teruja dengan penampakan tersebut. Seorang lagi pengguna Facebook turut berkongsi foto menunjukkan hantu yang sama, berdiri di kawasan yang sama, dengan persekitaran tanpa kenderaan dan pegawai penguatkuasa.

Waktu dan kesahihan foto ini tidak dapat disahkan.

Sumber: Facebook

dreamstime l 104504917

Suami mengelar dirinya selepas ditegur beli jam tangan mahal sebagai hadiah

chris1 2

Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Netflix Extraction 2 rupanya