filem lucah
in

Penggambaran video lucah yang tular bukan berlaku di Sandakan – Polis

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner ACP Abdul Fuad Abdul Malek, menjelaskan bahawa tiada penggambaran filem lucah berlaku di daerah Sandakan, seperti yang didakwa dalam video tular baru-baru ini.

Video berkenaan menggambarkan penggambaran kandungan eksplisit di lokasi yang tidak dikenal pasti.

“Lokasi video itu di kawasan tepi pantai yang berlatar belakangkan sebuah batu besar di atas permukaan air laut.

“Polis menyiasat perkara ini dan mendapati tiada sebarang kegiatan pengambaran video lucah yang berlaku di Sandakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ACP Abdul Fuad menggesa orang ramai supaya tidak terlibat dalam spekulasi, berkongsi video, atau menyimpan sebarang bahan lucah.

“Ini kerana ia menyalahi undang-undang di negara ini dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang lokasi kejadian ini boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Video berdurasi dua minit dan 47 saat tular di aplikasi WhatsApp itu menunjukkan kru melakukan aktiviti tidak sepatutnya di kawasan pantai dengan formasi batuan menyerupai berhampiran Batu Sapi di Sandakan.

Sumber: Sinar Harian

malaysian barred sg

Pemandu serta kenderaan Malaysia ini dilarang memasuki Singapura selepas buat perangai di sana

yusofhaslam datin cucu

Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah masih mahukan Puteri Sarah kekal sebagai anaknya