201027 maybank mae 02
in

Pengesahan Secure2U akan hanya dapat dari aplikasi MAE sahaja, berkuat kuasa 1 Julai 2023

Maybank telah membuat pengumuman baru mengenai perubahan kepada langkah keselamatan perbankannya. Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023, hanya aplikasi MAE sahaja yang akan dapat menggunakan ciri Secure2U untuk mengesahkan transaksi perbankan. Ini bermakna transaksi yang dibuat melalui Maybank2U, dan aplikasi M2U MY akan memerlukan penggunaan aplikasi MAE untuk tujuan pengesahan.

Maybank turut akan menghentikan sokongan untuk pengesahan Secure2U pada aplikasi MY M2U, mengubah hala fokusnya semata-mata kepada aplikasi MAE. Maybank menggesa semua pengguna untuk mengaktifkan Secure2U melalui aplikasi MAE dengan segera, kerana proses pengaktifan awal akan mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk diselesaikan.

Perlu diingat bahawa semasa pelancaran aplikasi MAE, Maybank telah pun menyatakan hasratnya untuk menutup aplikasi M2U MY secara berperingkat-peringkat, sebelum digantikan dengan aplikasi MAE sepenuhnya.

Sumber: Maybank

anak que haidar

Netizen terpukau dengan keayuan anak-anak Que Haidar dan Linda Jasmine

budak curi basikal cctv

Aksi dua budak lelaki mencuri basikal menjadi tular, sempat cuba dulu basikal sebelum bawa lari