beca melaka
in

Pengayuh beca Melaka diminta berhenti pasang lagu dangdut, ganti dengan muzik tradisional

Pengayuh beca di Melaka diminta tukar pemasangan lagu mereka kepada muzik tradisional atau dondang sayang bagi memperkenalkan seni budaya kepada pelancong khususnya yang datang dari luar negara.

Exco Pelancongan, Warisan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penerapan elemen budaya penting dalam memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

9adb3b4d dfc6 46fe 97e7 2f8eced6ef9d d4ad561b
Gambar hiasan

“Mereka (pengayuh beca) ini sebagai duta kecil atau petugas barisan hadapan yang penting dalam menyambut tetamu datang ke negeri ini, jadi kita tidak mahu mereka memasang muzik yang terlalu kuat atau rancak sepanjang masa sehingga mengganggu dan mengundang ketidakselesaan penumpang.

“Kita juga ada menerima aduan mengenai perkara ini, justeru kita melihat pemilihan lagu kepada elemen tradisional ketika TMM2024 itu juga lebih sesuai dan ini antara syarat yang akan ditetapkan untuk membolehkan mereka mendapat lesen atau permit beca,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan membiayai permit beca tahun hadapan kepada lebih 370 penunggang beca di negeri ini dan meminta semua penunggang beca mendaftar.

Dalam pada itu, Abdul Razak turut mengingatkan persatuan basikal roda tiga di negeri ini supaya mengenakan bayaran kepada penumpang mengikut harga larasan iaitu RM40 untuk satu jam perkhidmatan.

MalaccaNightTourwithRiverCruiseandTrishawRide KlookMalaysia scaled
Gambar hiasan

“Kita dapat lihat segelintir pengayuh beca mengenakan bayaran berbeza dengan harga tinggi kerana mereka merasakan sesetengah pelancong itu boleh diambil kesempatan.

“Kita tidak mahu perkara ini memberi imej yang tidak baik kepada pelancongan negeri. Jika mereka mahu selaraskan untuk kadar masa yang kurang sejam sebagai contoh RM25, semua pengayuh beca perlu mengenakan harga sama bukannya berbeza-beza,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaKini

AyerTawar5

Polis siasat misteri ketukan pintu penduduk di Felda Air Tawar 5

maxresdefault 31

Aquaman and the Lost Kingdom, treler baharu filem terakhir DC Extended Universe