CbddZoqVAAUrBJv
in

Pengasuh dan pemilik taska akan disiasat dahulu oleh KPWKM dan polis selepas ini

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan polis akan mula menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh dan mereka yang ingin mendaftar pusat jagaan kanak-kanak atau taska.

Keputusan ini dibuat dalam pertemuan Menteri Datuk Seri Nancy Syukri, dan Timbalan Ketua Polis, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay baru-baru ini.

nancy shukri 1

Polis akan menyaring calon untuk rekod jenayah, manakala KPWKM akan menyemak kelayakan berdasarkan syarat dan garis panduan yang merangkumi kesihatan mental dan kebolehan mengurus pusat jagaan.

“Baru-baru ini saya ada perbincangan dengan Datuk Seri Ayob Khan.Syukur polis sedia untuk kerjasama dengan kita (KPWKM) untuk beri maklum balas sebagai panduan kepada kami sama ada yang mohon jadi pengasuh ini layak atau rekod jenayah sebelum ini,” kata Nancy pada sidang media pada Selasa.

Beliau berkata proses permohonan perlu diperketatkan dengan saringan berkaitan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan membantu mengatasi jenayah kekerasan di pusat jagaan.

WhatsApp Image 2023 05 19 at 2.10.55 PM

“Kami rasa perlu kami ketatkan kerana walaupun ia akan menjadi halangan juga kepada pengasuh kalau dia tidak diluluskan yang penting ialah kebajikan dan keselamatan kanak-kanak itu.

“Baru-baru ini pun kita tengok laporan ada yang libatkan bukan warga negara tempatan jadi pengasuh, jadi ini cabaran kita untuk pastikan tidak berlaku sebab warga asing tidak datang ke negara ini untuk jadi pengasih,” tambahnya.

KPWKM juga akan mengadakan lawatan mengejut ke pusat jagaan untuk pemantauan berkala.

Sumber: MalaysiaGazette

warga asing

Populasi pekerja asing di Malaysia kini melebihi 2.7 juta sehingga September 2023

hero banner desktop 1920x1080 1

Penumpang Malaysia Airlines boleh nikmati WiFi percuma mulai 1 November 2023