wakil perhilitan tembak monyet sunway
in

Penduduk perumahan di Sunway Batu Caves tidak berpuas hati wakil Perhilitan tembak monyet dikawasannya

Sebuah video tular menunjukkan sekumpulan lelaki menembak monyet liar sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai di kawasan perumahan di Sunway Batu Caves, Selangor.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh pengguna @PenaarasyS_Lulu pada Rabu semalam mendakwa, salah seorang lelaki itu adalah wakil daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Selain itu, rakaman itu turut merakamkan seorang lelaki memasukkan beberapa ekor monyet yang telah mati ditembak, ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

Penduduk yang merakam kejadian itu berhasrat untuk melaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Pengguna Twitter menegaskan bahawa tindakan tanpa belas kasihan menembak monyet telah berlaku beberapa kali di kawasan tersebut, walaupun hakikatnya monyet itu tidak pernah mendatangkan sebarang bahaya kepada penduduk setempat.

“Monyet tidak pernah menyerang manusia di sini. Mereka hanya datang untuk mendapatkan makanan.

“Selamatkan mereka. Mereka layak untuk hidup,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Perhilitan.

Sumber: Twitter

aliff syukri eksiden

Datuk Aliff Syukri terlibat dengan kemalangan, kereta dihentam dari arah belakang

ipta ganu konsert

Kerajaan Terengganu akan siasat konsert hiburan dilakukan di dalam IPTA negeri itu