pencuri panjat bpangsapuri shah alam
in

Pencuri panjat bumbung bangunan pangsapuri, elak ditangkap orang ramai di Shah Alam

Seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah pangsapuri di Shah Alam, mencetuskan kekecohan penduduk setempat apabila enggan menyerah diri selepas dikerumuni orang ramai.

Kejadian berlaku awal pagi Sabtu apabila lelaki itu dicekup mencuri barangan peribadi seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan. Penduduk kemudian menyedari kegiatannya dan memaksanya melarikan diri dan bersembunyi di atas bumbung blok pangsapuri itu.


Dalam cubaan melarikan diri, lelaki yang dilihat memakai baju hitam dan seluar itu cuba terjun ke tingkat bawah pangsapuri berkenaan namun dikepung penduduk dan anggota polis yang tiba di tempat kejadian. Dia juga dirakam cuba memecahkan bumbung untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia turut tiba di tempat kejadian untuk membantu menahan pencuri terbabit. Insiden itu berakhir apabila lelaki itu ditangkap menggunakan kren dengan bantuan anggota bomba.

Difahamkan, beberapa individu lain yang dipercayai sebahagian daripada kumpulan pencuri yang sama turut ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Tiada kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ini, dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu.

Sumber: X (Twitter)

umbrella rain monsoon season

Hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Timur, Utara Semenanjung dan Timur Sabah dari 16-18 November

pembaca berita rtm mohon maaf syukfendi

RTM terima permohonan maaf pengguna TikTok kerana video tular pembaca berita