IMG 4465 min
in

Pemasangan CCTV wajib bagi pengusaha taska, atau lesen tidak diperbaharui

Pengusaha taska yang tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka mungkin kehilangan lesen, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata pemasangan CCTV adalah keperluan wajib di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, tetapi sesetengah pengusaha masih enggan mematuhinya. Beliau memberi amaran bahawa kementeriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan, seperti tidak memperbaharui lesen setiap lima tahun.

Kindergarten in Malaysia 3 facts you need to know

“Dalam peraturan, pengusaha taska harus memperbaharui lesen perniagaan mereka setiap lima tahun dan antara syaratnya ialah mesti memasang CCTV.

“Jika mereka tidak mematuhinya, kita boleh mengambil tindakan tegas untuk tidak memperbaharui lesen mereka,” katanya.

Tambahnya, pemasangan CCTV akan membantu mencegah dan mengesan kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan, yang dilaporkan kira-kira 20 kes sehari.

Beliau juga berkata pemasangan CCTV akan meningkatkan keyakinan ibu bapa yang ingin menghantar anak ke taska terutama wanita yang ingin kembali bekerja.

IMG 1440 scaled 1

“Itu kes yang dilaporkan, jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ada yang tidak dilaporkan, sebab itu pengusaha taska harus mematuhi ketetapan kerana pemasangan CCTV akan meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke taska kerana mereka boleh mengesan jika berlaku kes penderaan.

“Kita sering bercakap mengenai usaha untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja, tetapi jika ini satu cabaran (ketiadaan CCTV) mungkin mereka takut hendak menghantar anak mereka ke taska,” ujarya lagi.

Beliau berkata KPWKM akan terus berbincang dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan peraturan itu dipatuhi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya.

Sumber: Buletin TV3

pusat tuisyen kami Aaron Ago Dagang

Pusat Tuisyen KAMI dilancarkan untuk beri pendidikan tambahan percuma kepada pelajar kurang mampu

Nurulhidayah Ahmad Zahid 1 1

Nurulhidayah pertahan Presiden daripada kecaman atas kekalahan teruk PRN15