Sebuah video yang merakam sebuah Toyota Alphard berwarna hitam dengan plat nombor Malaysia memotong barisan di Pusat Pemeriksaan Woodlands di Singapura telah tular dalam media sosial baru-baru ini.
Pemandu itu yang dalam perjalanan dari Singapura ke Malaysia, bukan sahaja menggunakan laluan khusus untuk bas dan lori dalam usaha untuk memintas kesesakan di lorong kereta, tetapi juga tidak mengendahkan arahan pegawai polis bantuan yang berada di tempat kejadian.
Seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times, kedua-dua pemandu Malaysia dan kereta telah dilarang dari memasuki Singapura akibat kejadian itu.
“Pemandu berkenaan gagal mematuhi arahan pegawai dan terus memandu ke hadapan secara berbahaya.
“Pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) ingin menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemandu yang ingkar dan sengaja menimbulkan bahaya keselamatan kepada pegawai serta orang awam yang berurusan di di pusat pemeriksaan, meletakkan mereka berada dalam risiko,” kata jurucakap ICA.
Sumber: The Straits Times