vlcsnap 2023 06 05 17h52m59s003
in

Pemandu lori mengalami serangan jantung melanggar kereta dalam kejadian di Alor Setar

Seorang pemandu lori merempuh sebuah kereta yang diletakkan di Kawasan Perindustrian Tandop Baru, Alor Setar, Kedah pada Ahad sekitar jam 12:52 tengah hari.


Menurut sumber awam, pemandu itu dipercayai mengalami serangan jantung sehingga menyebabkan lori hilang kawalan dan seterusnya melanggar kenderaan yang diparkir di hadapan bengkel berkenaan.

Insiden itu telah dirakam dalam CCTV dan kemudiannya dikongsi di media sosial. Bunyi kuat akibat perlanggaran itu mengejutkan orang ramai yang berada di bengkel tersebut. Mereka kemudian dilihat berlari ke tempat kejadian untuk melihat keadaan.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh polis di daerah berkenaan berhubung kejadian itu. Netizen yang menonton video itu melahirkan kebimbangan mengenai kes serupa pada masa lepas, di mana pemandu sering mengalami serangan jantung semasa berada di jalanraya, menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber: Twitter

remaja oukul gelandangan ditahan

Tiga remaja pukul gelandangan dengan pemukul besbol ditahan, seorang masih dikesan

warga asing jerut kucing

Kejam! Warga asing jerut kucing dileher, dan digantung di tingkap