2311398 2
in

Pemandu e-hailing reject ambil penumpang dalam nahas pesawat Elmina

Pemandu e-hailing yang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis dipercayai bersendirian di dalam kereta ketika tragedi itu berlaku.

Ini berdasarkan semakan dengan syarikat e-hailing, yang menunjukkan pemandu itu ‘reject’ mengambil penumpang sejak jam 2 petang.

WhatsApp Image 2023 08 18 at 10.43.33 AM

“Pemandu itu sebenarnya sudah ‘reject’ penumpang sejak pukul 2 petang. Kita dah periksa dengan syarikat, dia memang ‘reject’ penumpang.

“Setakat ini polis syaki hanya satu mangsa dalam kereta itu sehingga proses pengenalan identiti dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai,” katanya ketika sidang media secara langsung di lokasi kejadian pagi Jumaat.

Razarudin berkata, operasi mencari mayat dan membersihkan serpihan pesawat yang terhempas di tempat kejadian sudah 95 peratus selesai.

“Kita telah menjumpai 10 mayat dan dalam bahasa penyiasatan, yang dipanggil ‘human remains’ (atau cebisan mayat) kita sudah ambil 15 (iaitu) ada yang badan sedikit, tangan sedikit.

“Barang kepunyaan peribadi daripada human remains ini seperti jam, duit dan beg, lebih kurang dalam 21 yang ada (dijumpai),” katanya lagi.

Razarudin seterusnya berkata, kesemua serpihan yang ditemui telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan seramai 22 waris telah diambil sampel DNA untuk dipadankan.

Sumber: X (Twitter)

skmm elmina gambar video

SKMM beri amaran tindakan undang-undang terhadap individu yang kongsi gambar mangsa pesawat terhempas

buli sekolah

KPM menyelesaikan 90% aduan buli dan gangguan seksual kurang dari 15 hari