Dalam sebuah video tular yang dirakam pada Sabtu lalu, seorang penunggang motorsikal mengalami detik mencemaskan apabila motosikalnya terbakar sejurus selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak.
Insiden itu berlaku ketika penunggang cuba menghidupkan enjin motosikalnya, mengakibatkan nyalaan api.
Lani kalu dah panic, semua benda x nampak dah. Kita x duk dalam kasut dia time jadi lagu nie.
Boleh claim insurance lagi nie mat pic.twitter.com/DESbOYAST1
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 17, 2023
Walaupun terdapat alat pemadam api tergantung berhampiran di pam minyak, penunggang yang panik pada mulanya cuba memadamkan api menggunakan tangan. Gagal berbuat demikian, dia dengan pantas menolak motosikalnya ke kawasan air dan pam angin untuk memadamkannya.
Video berdurasi satu minit dan 17 saat itu dipercayai diambil dari rakaman CCTV stesen minyak tersebut. Ia menunjukkan individu lain segera tampil untuk membantu, berjaya memadamkan api dengan alat pemadam api.
Malangnya, butiran mengenai lokasi sebenar dan masa kejadian masih belum dapat dipastikan, begitu juga dengan punca kebakaran motosikal tersebut.
Sumber: Twitter