budak sek nangis
in

Pelajar sekolah menangis kuih dibawa ke majlis raya tidak dimakan, cikgu datang membantu

Setiap kali pada bulan Syawal, pastinya ramai yang akan mengadakan jamuan hari raya untuk meraikannya. Pihak sekolah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan kemeriahan bulan Syawal bersama para pelajar.

Namun di sebalik perayaan yang meriah, terdapat satu kejadian menyayat hati berlaku di sebuah sekolah rendah baru-baru ini. Kisah sedih pelajar itu dikongsikan melalui video TikTok yang tular, berkongsi detik yang menyentuh hati semasa jamuan hari raya.

@farisfarhansidek

bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Dalam video itu, seorang pelajar bernama Syakir dilihat menitiskan air mata kesedihan apabila rakan sekelasnya tidak dimakan mahupun disentuh kuih raya yang dibawanya untuk majlis itu.

Menyaksikan kesedihan pelajar itu, gurunya yang simpati datang menghampirinya, cuba memujuk dan menenangkannya. Kemudian guru tersebut membawa Syakir ke tempat makanan dikumpul, lalu membuka penutup bekas kuih tersebut sebelum mengajak pelajar lain untuk makan bersama.

Pelajar itu kemudian tersenyum kegembiraan sambil mengesat airmata selepas rakan-rakan sekelasnya mengambil kuih raya yang dibawa.

maxresdefault 6

Treler filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One kembali dengan penuh aksi dan mendebarkan

the creator

Treler filem The Creator – Pengarah Star Wars: Rogue One menerbitkan filem perang dengan AI pula