Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memberi perasaan suka dan duka ketika pelajar meraikan pencapaian mereka. Namun, antara kisah yang menyentuh hati masyarakat ketika ini ialah Yusra Humaira, pelajar perempuan dari Sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah di Selangor.
Dalam video TikTok yang dimuat naiknya, Yusra dilihat menziarahi pusara arwah bapanya sebaik menerima keputusan SPM. Duduk di sebelah kuburnya, dia dengan penuh emosi menyebut setiap mata pelajaran dan gred yang diperolehnya, termasuk Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris, dan lain-lain, berjumlah 11 mata pelajaran.
@langvel.num Hadiah untuk ayah harini🥹 #CapCut #fyp #ayah #spm2022 ♬ original sound – Yusra Humaira
Dengan rasa bangga, Yusra telah mencapai keputusan cemerlang, iaitu memperoleh 5A+, 3A, 1A-, dan 2B. Dalam kapsyen video itu, dia menyatakan bahawa bapanya pasti akan berbangga dengan pencapaiannya, walaupun dia tidak mencapai straight A. Yusra turut melahirkan rasa syukur, serta mengakui keputusan cemerlangnya adalah hasil doa kedua ibu bapanya itu.
Video itu telah mengharukan ramai netizen, yang berasa sebak dan bangga dengan pencapaian Yusra. Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata ucapan tahniah dan semangat atas pencapaian cemerlangnya.
Sumber: TikTok