shopee xpres campak barang
in

Pekerja Shopee Express buka parcel pelanggan, dan campak parcel barangan lain mengundang kemarahan netizen

Shopee seperti ramai orang sudah tahu, telah membuat tetapan pada pilihan perkhidmatan kuriernya, yang mana sebelum ini pelanggan boleh sahaja memilih mana-mana perkhidmatan kurier, tetapi kini Shopee menawarkan Shopee Express dan J&T sahaja. Walaupun begitu, pelanggan masih terus menghadapi masalah kelewatan, dan lambakan bungkusan di gudang penerimaan barang.

Sebuah video baru-baru ini telah menjadi tular, mendedahkan kelakuan tidak boleh diterima beberapa pekerja Shopee Express, yang kelihatan mengejek barangan pelanggan yang dibeli dalam talian. Video ini telah mencetuskan kemarahan netizen yang meluahkan rasa marah mereka terhadap tindakan pekerja tersebut.

Pihak Shopee Express telah mengeluarkan permohonan maaf melalui hantaran Twitter yang telah tular. Memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka akan menyiasat kejadian itu, dan juga meneliti mana-mana bungkusan yang tidak dihantar.

Sumber: Twitter

2098153

Ubai tertekan untuk mencapai pendapatan seperti Shila Amzah sekarang

exlon isteri meninggal

Syarikat perah suami kerja, balik rumah isteri sudah meninggal disisi anak menangis kelaparan