Bertemu hantu memang satu perkara yang ramai orang tak mahu alami. Kejutan secara tiba-tiba boleh menyebabkan sesetengah orang panik, lari seribu kaki tak pandang belakang punya.
@pontiklebang anak nak makan mcd akak tepanjat ponti hadir #mcdonalds #mcdlimbongan #mcdbandarhilir #mcdmp #fyp #demimencarirezeki #rezekiallah #doa #funfair #melaka #pontiklebang #fyp #trending #rumahhantu #pontiklebang #pontianak #pontianakviral #karnival #expo #pelakon #teater #video #meletop #djviral #fypforyou #pontianak #singapore赛马 #singaporefood #malaysia #brunei #melaka #negerisembilan #johor #kedah #perak #pahang #pinang #selangor #kualalumpur #wilayahpersekutuan #sabah #sarawak #perlis #kelantan #terengganu ♬ original sound – jibam-jibam (Ponti klebang)
Bagaimanapun, video tular baru-baru ini yang menunjukkan pontianak memesan makanan, telah mendapat perhatian warga netizen. Video yang dikongsi oleh @pontiklebang di TikTok ini, menunjukkan pontianak menunggu di dalam kenderaan di pandu lalu McDonald’s.
Perkara itu membuatkan seorang pekerja menjerit akibat terkejut dengan penampilan ‘pontianak’ tersebut. Hal berkenaan juga menyebabkan pekerja-pekerja di bahagian itu tidak dapat menahan ketawa dan menangkap gambar apabila melihat hantu berambut panjang berkenaan.
Yang sebenarnya pontianak itu adalah seorang lelaki yang mahu memesan untuk anaknya yang mahu makanan McDonald’s.
Video itu diakhiri dengan pekerja wanita yang pada mulanya menjerit ketakutan, membuat tanda peace dan senyum kembali ke arah kamera.
Sumber: TikTok