baginda keliru kembar uitm
in

Pasangan kembar ini berjaya buat Permaisuri Selangor keliru semasa istiadat graduasi UiTM

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berlangsung pada minggu lalu, namun terdapat adegan yang mencuit hati warga netizen ketika dua pelajar menerima skrol di atas pentas.

Tular sebuah video di Tiktok baru-baru ini menampilkan pasangan kembar yang telah mencuri perhatian orang ramai kerana menimbulkan kekeliruan semasa majlis tersebut.

@nazmiramli Permaisuri is confuse 😭 anyway congrats for ur graduation my twin cousins #uitm #istiadatkonvokesyenuitm96 ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Dalam video itu, kelihatan reaksi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin terkejut dan keliru apabila menyedari terdapat dua penerima yang mempunyai persamaan wajah yang sama, baik dari segi rupa mahupun nama.

Situasi itu membuatkan baginda tertanya, rupa-rupanya mereka adalah kembar seiras dan seorang pengguna TikTok juga menjelaskan bahawa kedua-dua graduan berkenaan adalah sepupunya.

Sumber: Tiktok

shila amzah ubai endgame

‘Kami okey cuma saya sahaja’ – Shila Amzah nafi putus cinta bersama Ubai

Screenshot 534

Rupanya prosedur pengawetan jenazah dibawa pulang dari luar negara sangat mengerikan