ahmad fadhli shaari1
in ,

PAS mahu Hannah yeoh dan Adam Adli mohon maaf atas kegagalan atlet Malaysia di Sukan SEA Hanoi

Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan timbalannya, Adam Adli, atas kegagalan mereka dalam memastikan atlet Malaysia memperoleh 40 pingat emas yang disasarkan pada Sukan SEA Hanoi.

Dia juga menggesa kementerian melakukan semakan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kekurangan itu, bukannya menyalahkan atlet semata-mata.

“Sungguh malang nasib kontinjen Malaysia apabila mencatatkan pencapaian terburuk di dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan.

“Bagi temasya kali ini, kontinjen negara hanya mampu mengutip 34 pingat emas.. untuk menjadi penghuni tangga ketujuh keseluruhan daripada 11 negara.

“Saya tidak mahu salahkan menteri dan pasukannya seratus peratus di atas kegagalan ini, namun Menteri Belia dan Sukan wajib melaksanakan post mortem menyeluruh dan bukannya hanya menyalahkan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang di bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan master plan KBS.

“Didahului dengan ucapan maaf secara terbuka kepada semua peminat sukan Malaysia dengan mencatat sejarah terburuk, malah lebih teruk daripada pencapaian Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas.

“Tempoh berbulan madu sudahpun berakhir, Menteri dan Timbalannya perlu mengambil langkah membina semula suka negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, netizen di media sosial mengkritik pemimpin PAS itu, memandangkan penilaiannya tidak adil, kerana Hannah Yeoh dan Adam Adli baru memegang jawatan menteri selama enam bulan sahaja.

WhatsApp Image 2023 05 09 at 12.29.01 AM

Filem Anwar: The Untold Story akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 18 Mei 2023

khemdee keciwa 1

Jonathan Khemdee baling pingat ke peminat, terlalu kecewa dengan kegagalan perlawanan akhir dia