Trend guru berkongsi aktiviti pengajaran mereka di media sosial semakin menjadi popular. Sehingga ada yang menjadikan mereka terkenal, hanya dengan berkongsi kisah lucu bersama pelajar mereka.
YBM, I received this video via WhatsApp. The teacher is going through her pupils’ things and posted a video on this. I don’t know what her profile name is on TikTok but teacher is wearing a REAL school lanyard. @FadhlinaSiddiq pic.twitter.com/qKhQ0dJ0kM
— 🏴Mom of KL™️ 🇲🇾 (@amuse_gueule) June 19, 2023
Walau bagaimanapun, timbul persoalan dari warga netizen samada perkara ini dibenarkan atau tidak, kebenaran pada guru untuk merakam dan memaparkan wajah anak murid mereka di media sosial.
Kontroversi baru-baru ini timbul apabila seorang individu membangkitkan kebimbangan mengenai seorang guru persendirian terkenal di TikTok, yang berkongsi video dirinya sedang memeriksa beg sekolah pelajar.
Isu tersebut mencetuskan perbincangan hangat di Twitter, dengan seorang wanita merujuk akaun rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq untuk mendapatkan komen.
Sebelum kejadian ini, guru berkenaan sudah mendapat jutaan tontonan pada video yang tular sebelum ini, ada yang melebihi 37 juta tontonan.
Sumber: Twitter