feat img budak pijak muka budak lain
in

Muka anak dipijak oleh kanak lain, si ibu berang kelalaian bapa kanak tersebut

Telah tular di media sosial baru-baru ini seorang kanak-kanak dengan sengaja memijak muka kanak-kanak lain ketika sedang bermain air di Taman Tasik Titiwangsa.

Ibu mangsa berkongsi cerita tersebut melalui akaun Facebook-nya, meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapa kanak-kanak itu yang dipercayai hanya bermain telefon dan tak memantau aktiviti anaknya di taman air tersebut.

budak pijak muka budak lain

Menurut wanita tersebut, suaminya telah membawa ketiga-tiga anak mereka pergi bermain air, sementara dirinya bertugas di PWTC. Ketika suaminya sedang merakam anak-anaknya, datang seorang budak perempuan bertindak memijak muka salah seorang anak lelakinya.

Screenshot 529

Ibu-bapa yang menemani anak mereka bermain, perlu sentiasa perhati dengan aktiviti anak sendiri ketika mereka bersama dengan orang lain, bukan sahaja takut mereka buat perkara yang tidak sopan, tapi kena pastikan juga keselamatan mereka dengan keadaan sekeliling.

Sumber: Facebook

tiger stripes

Tiger Stripes mencipta sejarah sebagai filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama di acara Cannes’ Critics’ Week

9fdb91d96a423e6af56c7e454ed866ff

Tidak salah berikan bonus kepada ahli syarikat, AKSB pertahankan keputusan mereka