Cropped 160196322182850106 m
in

MR D.I.Y. catat untung lebih tinggi sebanyak RM123.95 juta bagi suku ke-3 2023

MR D.I.Y. Group (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM123.95 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023, meningkat 22.5 peratus daripada RM101.18 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Perolehan kumpulan bagi suku dikaji meningkat 10.4 peratus kepada RM1.07 bilion daripada RM966.17 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Rangkaian kedai syarikat itu berkembang 16.4 peratus dalam tempoh yang sama, daripada 1,038 kepada 1,208 kedai.

0b3b

Sejajar dengan itu, bilangan urus niaga meningkat sebanyak 16.3 peratus, daripada 35.8 juta sahaja pada suku ketiga 2022 kepada 41.6 juta pada suku ketiga 2023.

MR DIY mengisytiharkan dividen interim suku tahunan sebanyak RM75.5 juta bagi suku ketiga 2023, meningkat 60.2 peratus berbanding suku ketiga 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong, berkata secara keseluruhan prestasi kewangan suku ketiga 2023 memenuhi jangkaan mereka, dengan kumpulan itu mengatasi prestasi perdagangan runcit dengan terus mencatatkan pendapatan tahun ke tahun dan pertumbuhan keuntungan bersih.

713319

“Ini mencerminkan daya tahan perniagaan, terutamanya semasa persekitaran inflasi yang terus meningkat dan kadar faedah yang telah menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah dan sentimen pengguna, diburukkan lagi oleh ketiadaan sebarang perayaan bermusim pada suku dikaji.

“Sebagai syarikat tempatan Malaysia dan peruncit yang bernilai, kami memahami betapa sukarnya untuk kebanyakan isi rumah Malaysia untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

“Kami komited untuk memastikan keperluan rumah harian kekal mampu milik dan boleh diakses oleh semua melalui janji kami ‘Harga Sentiasa Rendah’, dengan rangkaian luas produk berharga paling rendah di pasaran,” katanya.

Beliau menambah, selaras dengan janji mereka, syarikat itu baru-baru ini melancarkan kempen di seluruh negara bertajuk ‘Kecil dan Besar’ sebagai peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa apa sahaja keperluan mereka, syarikat itu mempunyai produk yang mereka perlukan pada harga yang sesuai.

Sumber: FMT

FAM logo

Jawatankuasa Tatatertib FAM denda JDT RM30,000 dan Selangor FC RM23,000

AyerTawar5

Polis siasat misteri ketukan pintu penduduk di Felda Air Tawar 5