Dalam sidang parlimen baru-baru ini, seorang Ahli Parlimen pembangkang, Jamaludin Yahya (PN – Pasir Salak), mengemukakan cadangan berhubung pengkategorian individu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dengan masalah kesihatan mental.
“Adakah (Ahli Parlimen) Kapar setuju bahawa golongan LGBT juga dicadangkan dimasukkan dalam masalah kesihatan mental?” tanya Jamaludin ketika mencelah perbahasan Halimah.
Perbincangan ini timbul semasa perbahasan Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan 2023) dan didorong oleh Halimah Ali (PN – Kapar), yang mengalu-alukan input Jamaludin sebagai sebahagian daripada ucapan perbahasannya.
“Terima kasih Pasir Salak (Jamaludin), kira masuklah tu dalam ucapan saya,” katanya.
Pada masa sama, Halimah Ali mengiktiraf isu gangguan kesihatan mental berkait dengan kecenderungan untuk seseorang itu membunuh diri. Beliau menekankan kepentingan kerjasama dalam kementerian berkaitan untuk menangani dan mengurangkan masalah ini dengan berkesan.
Sumber: YouTube