motor polis dikunci
in

Motor Polis dikunci akibat letak di parkir OKU, turut menerima saman juga

Seorang anggota polis trafik menerima saman kerana meletakkan motosikal milik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di tempat letak kereta untuk orang kurang upaya (OKU). Kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, Selangor itu dirakamkan dalam sebuah video yang tular.

Dalam video tersebut, seorang pengawal keselamatan mengunci motosikal polis tersebut, kerana diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya, tetapi kemudian membuka kunci itu balik, yang kemudian anggota polis itu beredar.




Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, telah melancarkan siasatan lanjut berkenaan video yang telah tular.

Menurut laporan, saman itu telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terhadap anggota tersebut.

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin menegaskan polis tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pelanggaran undang-undang, termasuk dari agensi penguatkuasaan sendiri, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan.

Sumber: Twitter

Norizam Tukiman 2 1617164120

Pemain Kelantan FC trauma asyik terima bahasa kesat dan makian dari Pengurus Pasukan

sultan ibrahim stadium18

Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023