Seorang ustaz warga Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman, tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi penceramah bebas Ustaz Ebit Lew dan seorang gelandangan bernama Mondy Tatto.
Ustaz Derry Sulaiman mendakwa mempunyai pengetahuan peribadi tentang Mondy dan kehidupannya di negara asal mereka.
@putera.mohd.dzulhilmi.dj PENJELASAN USTAZ DERRY SULAIMAN TENTANG MONDY. BERSANGKA BAIK✅️
“Sememangnya di viral di Indonesia, mempunyai pengikut juta-juta, tetapi silapnya kami di sini (Indonesia) tak support (sokong) kehidupan dia.
“Sehinggalah Allah hantar Ustaz Ebit Lew, jumpa Mondy tidur ditepi jalan, itu semua bukan rekaan atau lakonan. Jadi jangan sebar fitnah kepada Ustaz Ebit Lew.
“Mondy ke Malaysia ada idea daripada Ustaz Ebit Lew, supaya dia (Mondy) terhindar daripada lingkungan (perkara) yang boleh merosakkan dirinya,” jelas Derry dalam satu klip video.
Menurutnya, kehidupan Mondy dijangka bertambah baik di Malaysia di bawah bimbingan Ebit dan rakan-rakannya di negara ini.
“Mondy bisa (boleh) belajar agama, baiki kehidupan dan masa sama memperbaiki ekonomi dirinya. Boleh juga Mondy mencari seorang suami yang soleh.
“Mondy juga sedang mencari suami yang soleh, moga dipermudahkanlah,” jelas Derry.
Nama Ebit Lew kembali semula dibualkan warga netizen, kerana niat dia untuk membantu Mondy Tatto dipersoalkan. Ramai netizen terkejut apabila mendapati bahawa Mondy bukanlah individu yang memerlukan bantuan sebenarnya, sebaliknya sudah menjadi seorang pengaruh media sosial dengan pengikut di TikTok sebanyak 1 juta pengguna.
Bantuan yang diberikan oleh Ebit, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, terus menjadi topik perdebatan, lebih-lebih lagi selepas Mondy dilihat mempromosi dan menjual produk yang dihasilkan oleh pendakwah itu sendiri semasa siaran langsung TikTok.
Sumber: Kosmo Digital