Berlaku kebakaran di sebuah bilik pencawang di pusat beli-belah Midvalley hari ini sekitar jam 10:30 pagi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10:38 pagi.
A fire is believed to have broken out at, or near the MidValley Megamall Shopping Centre in Kuala Lumpur.
Social media is being flooded with videos as the thick black smoke is visible from many angles, including the Federal Highway.
📸: WhatsApp pic.twitter.com/1Y5teVEzUS
— The Rakyat Post (@therakyatpost) May 17, 2023
Laporan menunjukkan kebakaran bermula dari pencawang TNB, dan merebak ke tingkat atas bahagian selatan pusat beli-belah itu. Anggota keselamatan segera memindahkan pembeli dan kakitangan dari pusat beli-belah itu selepas dimaklumkan sekitar jam 11 pagi.
“Berdasarkan laporan awal, kebakaran melibatkan bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di dalam pusat membeli-belah itu,” katanya ringkas.
Pihak Bomba melaporkan kejadian kebakaran sudah pun selesai, dan kini siasatan sedang dijalankan.