malaysia school project corruption 20231028125944
in

Menteri Pendidikan berkata tidak akan mengembalikan semula ujian UPSR

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan tidak akan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), walaupun terdapat permintaan daripada beberapa ibu bapa yang mahukan penanda aras untuk pencapaian anak-anak mereka.

Sebaliknya, kementerian memberi tumpuan untuk melaksanakan Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. Fadhlina menyeru ibu bapa untuk menyertai jelajah lawatan kurikulum baharu itu dan memberi maklum balas mereka.

915b
Gambar hiasan

“Kita mahu libat urus yang meluas untuk (mendapatkan) input-input bagi memperkukuh sistem pendidikan negara.

“Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita, khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan antaranya karakter boleh diperkukuh,” katanya.

Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab permintaan segelintir ibu bapa yang mahu UPSR dibawa semula supaya dapat digunakan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak.

KPM telah memansuhkan UPSR pada tahun 2021 yang lepas.

Sumber: Majoriti

simpanan rm1000

Hampir separuh rakyat Malaysia tidak mampu sediakan RM1,000 untuk kecemasan dan menguruskan hutang

021d9740 4638 11ed ae66 bb488cb65ef8

Stadium QPR akan menukar nama kepada MATRADE Loftus Road