Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengumumkan kenaikan 100% kadar kompaun bagi kesalahan meletak kenderaan di bandar ini, berkuat kuasa 15 November 2023.
Mengikut notis yang dikeluarkan oleh MBKT, kadar kompaun baharu bagi kesalahan letak kereta adalah seperti berikut:
- RM10 jika diselesaikan dalam tempoh tujuh hari (sebelum ini RM5)
- RM20 jika diselesaikan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari (sebelum ini RM10)
- RM40 jika diselesaikan selepas 14 hari (tidak berubah)

MBKT menjelaskan kadar baharu itu hanya terpakai bagi kesalahan letak kereta yang dilakukan pada atau selepas 15 November 2023. Tunggakan kompaun lama bagi kesalahan letak kereta yang dilakukan sebelum 15 November 2023 masih tertakluk kepada kadar lama.
Jurucakap itu juga menggesa orang ramai supaya peka dengan kadar kompaun baharu dan meletakkan kenderaan secara bertanggungjawab bagi mengelak daripada dikenakan penalti.
Sumber: Kosmo Digital