ting kiong sing visa china
in ,

Malaysia pertimbangkan pengecualian visa untuk pelancong dari negara China

Kerajaan sedang mempertimbangkan pengecualian visa untuk pelancong China, menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan laporan berhubung perkara itu.

Kerajaan dijangka merangka dasar mengenai hari lawatan dibenarkan berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. Laporan daripada Kementerian Dalam Negeri dijangka tersedia dalam masa satu atau dua minggu.

F0uG39UaQAEctor
Sumber: X (Twitter)

“Perdana Menteri ada menyebut soal pengecualian visa semasa melawat China baru-baru ini.

“Saya melihat ini sebagai polisi yang baik kerana dapat menarik lebih ramai pelancong China untuk melawat Malaysia.

“Yang paling baik adalah masing-masing Malaysia dan China melaksanakan dasar pengecualian secara serentak,” katanya.

2020 10 02T054814Z 1725096432 RC25AJ9AFOIC RTRMADP 3 HEALTH CORONAVIRUS CHINA TRAVEL
Gambar hiasan

King Sing juga berkata bahawa Perdana Menteri menyebut keperluan untuk memberikan pengecualian visa untuk pelancong dari India juga. Bagaimanapun, isu pengecualian visa hanya boleh dilaksanakan selepas Kementerian Dalam Negeri merangka laporan tersebut.

Sebelum ini, Thailand dan Kemboja mengumumkan pengecualian visa untuk pelancong dari China dalam usaha menarik pengunjung dari negara itu dan memulihkan industri pelancongan mereka.

Sumber: Sinchew Daily

sultan johor ibrahim orang asli enjin bot

Sultan Johor menganugerahkan enjin bot kepada nelayan Orang Asli

ahmad dhani anwar ibrahim

Ahmad Dhani akan temu PM Anwar di majlis Maulidur Rasul hari ini, mahu jemput ke konsert Dewa 19