FW1288663 TR01 20022023 SPM TERENGGANU lpr
in

Malaysia akan kehilangan 70% tenaga mahir negara jika lepasan SPM tidak sambung pengajian

Negara mungkin berdepan kehilangan pekerja mahir dalam pasaran kerja sekiranya trend pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berterusan tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Kira-kira 48 peratus pelajar lepasan SPM 2021 tidak melanjutkan pelajaran tahun lepas, menurut satu laporan.

Pengarah Strategik Pusat Penyelidikan Forward Malaysia, Muhammad Jazlie Jabarudin, menekankan kepentingan pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran, sama ada dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) mahupun program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Pendaftaran masuk pelajar dalam kedua-dua bidang; STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan Kemahiran, ini menurun pada kadar yang signifikan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan jika trend ini berterusan, ia akan mengakibatkan 40 peratus daripada lepasan SPM ini tidak akan sambung pengajian dan kita akan hilang 70 peratus daripada pekerja berkemahiran.

“Kita harus tahu bahawa kita sedang berusaha untuk menjadi negara maju. Tanpa tenaga kerja berkemahiran tinggi ini, kita tidak akan dapat mencapai sasaran tersebut,” katanya

Menggalakkan lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan membantu memastikan bekalan tenaga mahir yang stabil dan menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Berbeza dengan pandangan Hasnul, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) yang menyatakan kita harus berikan ruang mereka (lepasan SPM) untuk memilih, saya setuju dalam soal pilihan individu ini, tetapi tidak bermakna kita tidak perlu sambung belajar.

“Sambung pengajian adalah suatu keperluan. Di pihak kerajaan, dasar juga perlu beradaptasi dengan keperluan semasa. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah konvensional seperti masuk kelas atau tempoh pengajian tiga tahun,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

janna dini nikah 2

Janna Nick dan Dini Schatzmann sah menjadi pasangan suami isteri

bagi keputusan spm kubur mak ayah

Pelajar meraikan keputusan SPM di pusara arwah bapanya