Tempah awwal makan 1641695957
in

Makcik kantin naik hangin, tak jujur masa isi borang, masuk asrama baru bagitau alahan makanan

Kehidupan sekolah berasrama menawar pelbagai pengalaman untuk para pelajar, membolehkan mereka belajar berdikari dan mencipta kenangan abadi bersama rakan-rakan.

Namun, kisah yang tular baru-baru ini kurang mencetuskan keghairahan akibat kekecewaan yang diluahkan oleh seorang pekerja dewan makan di sebuah asrama.

Tidak mahu namanya didedahkan, pekerja itu berkongsi kisahnya ke media sosial, bagi meluahkan kesulitan yang dialami 17 penghuni asrama puteri (aspuri) yang mengalami pelbagai alahan makanan.

353798571 636711898491078 5644940102827338465 n

“Ni la perangai budak-budak asrama. Dalam borang kata tak ada alergi. Sampai kat dewan makan semua tak boleh makan.

“Peliknya, ikan berkuah pun tak boleh makan. Macam mana cerita tu?” soalnya menerusi Facebook.

Sekeping kertas tulisan tangan telah dimuat naik, menyenaraikan nama pelajar dan makanan yang tidak boleh mereka makan, termasuk makanan laut seperti sotong, ikan, udang, ayam, telur dan sayur-sayuran.

Kes yang paling menarik perhatian ialah seorang pelajar perempuan yang mendakwa alah kepada ikah berkuah.

Ramai netizen mengkritik pelajar tersebut, menuduh mereka saja membesar-besarkan alahan mereka, dan bersikap selektif dengan pilihan makanan mereka.

“Dah tahu alergi, mengada-ngada. Tak payah hantar anak tu masuk asrama. Peram je kat rumah.

“Kalau semua makanan kat dewan makan tu dia tak boleh makan sebab alergi, dia makan apa je nanti? Order Foodpanda ke?

“Ni mengada-ngada namanya. Duduk asrama, citarasa rumah sendiri.

Sumber: Facebook

shutterstock 505066678

PM Anwar mahu RUU Keselamatan Siber digubal segera

Copy of DSC03416

Pembayaran tol terbuka untuk 12 lebuh raya akan bermula September ini