xcident 1
in

Lori rempuh 12 kenderaan di Putrajaya, dua mangsa meninggal, pemandu lori tiada rekod jenayah

Kemalangan tragis pada Rabu pagi telah meragut nyawa dua penunggang motosikal di Putrajaya. Kemalangan berlaku apabila sebuah lori merempuh 11 kenderaan lain termasuk sebuah motosikal pengiring polis di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara.

Kedua-dua mangsa adalah lelaki tempatan berusia 25 dan 39 tahun. Mayat mereka dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut. Jumlah mangsa lain yang cedera masih dalam siasatan, namun mereka yang cedera dibawa ke Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

treler kemalangan putrajaya

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan itu telah ditahan. Dia seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun tanpa rekod jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, kemalangan berlaku kira-kira jam 10.14 pagi apabila kedua-dua mangsa bersama 11 kenderaan lain berhenti bagi memberi laluan kepada konvoi anggota trafik Le Tour de Langkawi (LTdL) di tempat kejadian.

bomba kemalangan putrajaya

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang maut merupakan lelaki warga tempatan berumur 25 dan 39 tahun dan mayat mereka dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Bilangan mangsa lain yang mengalami kecederaan masih dalam siasatan dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Asmadi berkata, polis turut menahan pemandu lori terbabit yang merempuh 11 kenderaan lain di tempat kejadian.

KEMALANGAN MAUT ekdisen3 1695198438

“Salah sebuah motosikal pengiring turut mengalami kerosakan teruk selain enam buah kereta, tiga motosikal dan dua buah lori.

“Anggota polis trafik yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian,” katanya lagi.

Asmadi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

F6dDH72bcAAjUPV

“Kalau dilihat dari kejadian, lori ini sebenarnya sempat untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ada faktor kecuaian atau teknikal yang mengakibatkan berlakunya rempuhan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

WhatsApp Flows 2 English

WhatsApp mengumumkan Flows, cara baharu untuk pelanggan membeli produk terus dari aplikasi

bapa mondy tattoo menangus ustaz ebit lew

Bapa Mondy Tattoo minta maaf pada Ebit Lew, dakwa anak digunakan orang tidak bertanggungjawab