lisa blackpink tunku abdul rahman
in

Lisa Blackpink lebih dikenali berbanding Tunku Abdul Rahman dalam video sosial ringkas ini

Subjek sejarah adalah antara subjek yang kita akan belajar semasa sekolah menengah. Tujuan utamanya adalah untuk mengambil pelajaran dari masa lalu, tahu apakah sebab perkara tersebut berlaku, apa yang kita generasi boleh belajar dari peristiwa tersebut, dan mengenali individu-individu disebalik sejarah itu.

Dukacitanya dalam sebuah video tular baru-baru ini di Twitter, sebuah akaun bernama @BigIdeasMY melakukan video eksperimen sosial (social experiment), yang berlaku di pusat beli-belah yang tidak diketahui, bertanyakan soalan samada mereka kenal Lisa Blackpink, dan juga Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia atau tidak?

Walaupun perbandingan ringkas ini tidak boleh pukul rata sebagai mewakili seluruh generasi baharu, sedikit sebanyak perkara ini agak merisaukan kita.

Sumber: Twitter

Screenshot 534

Rupanya prosedur pengawetan jenazah dibawa pulang dari luar negara sangat mengerikan

whatsapp scam copy x9tf

Anda boleh set nama pengguna untuk WhatsApp tidak lama lagi