tunjal wanita
in

Lelaki ugut dan tunjal kepala wanita di jalan Cameron Highlands dihukum penjara 7 hari

Mahkamah Majistret Tapah telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada seorang lelaki selepas didapati bersalah mengugut dan memukul kepala seorang wanita, seperti yang dikongsi dalam video tular.

Mohamad Zaim Faiz Tarmizi, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah.

Mahkamah telah memerintahkan supaya hukuman penjara bagi setiap pertuduhan berjalan serentak dari tarikh sabitan. Pertuduhan pertama adalah kerana melakukan ugutan jenayah terhadap wanita itu, manakala pertuduhan kedua dengan sengaja mendatangkan kecederaan. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan, masing-masing.

Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh, mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal, menyifatkan tindakan lelaki itu merupakan kesalahan serius selain ia sebagai mesej kepada orang ramai untuk tidak mengulangi tindakan sedemikian.

“Kes ini sedang tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan awam. Jadi mahkamah harus mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan juga orang awam untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya,” katanya.

Mohamad Zaim Faiz merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana dia menyara seorang anak dan isteri yang sedang mengandung lapan bulan.

“Saya nak luahkan, dalam kejadian itu, pengadu yang membuat laporan cuba memotong tapi (laluan) bertentangan ada kereta.

“(Tindakan) itu boleh mengancam keluarga saya dan nyawa, sebab itu saya marah sangat kerana dalam kereta ada anak dan isteri saya,” katanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Majistret Siti Hanum menasihatkan tertuduh mempertimbangkan akibat daripada perbuatannya itu, kerana ia bukan hanya akan memberi kesan kepada dirinya sahaja, malah ahli keluarga akan terkesan serta masyarakat.

Sumber: Astro Awani

11a spam jaga ibu sakit

Berkat menjaga ibu yang sakit dan mengambil penting pelajaran, pelajar ini terima 11A SPM

ImageForNews 749471 16854181808683364

1 daripada 2 rakyat Malaysia menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti