mcd cheeseburger tertinggal customer maraj
in

Lelaki mengamuk dalam restoran makanan segera kerana tertinggal pesanan

Media sosial Twitter kecoh semalam dengan tularnya sebuah video yang menunjukkan pelanggan tidak berpuas hati, memarahi kakitangan restoran makanan segera tersebut kerana tertinggal makanan dalam pesanannya.

Video berdurasi 1 minit 34 saat itu merakamkan kekecewaan seorang pelanggan yang mendapati sebahagian makanannya tidak disertakan dalam bungkusan selepas dia sudah sampai ke rumah.

“Saya dah sampai rumah, nak makan. Terpaksa patah balik ke sini untuk collect satu cheeseburger. Awak rasa saya ada masa ke? Awak rasa saya ada masa nak datang ke sini balik?” katanya.

Netizen menyatakan pendapat mereka bahawa kakitangan harus menyemak betul-betul setiap pesanan, bagi mengelakkan kesilapan tersebut sebelum diserahkan kepada penghantar atau pelanggan sendiri.

Sumber: Twitter

berenang sungai the mines

Selamba berenang dalam sungai The Mines, tak takut ke ikan besar dalam tu

telur masin mahal ppum

Pelanggan terkejut bila dapat tahu harga telur masin separuh adalah RM3 di sebuah kafe hospital