Seorang pekerja kedai serbaneka di Bandar Rinching ditumbuk lelaki mabuk selepas menegurnya kerana mengambil payung dari dalam premis itu.
Mangsa merupakan pekerja sambilan berusia 17 tahun, yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mengalami kecederaan di muka dan kini menerima rawatan di Hospital Kajang.
“Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.
“Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil selfie anak saya selepas ditumbuk,” katanya
Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, turut menyatakan kebimbangannya terhadap kejadian yang berlaku pada anaknya itu.
Ajak Swafoto lepas tumbuk pekerja partime 7E
Kajang: Pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching di sini, cedera di muka selepas ditumbuk lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung di dalam premis berkenaan malam tadi.
Mangsa berusia 17 tahun. pic.twitter.com/Nlb1rcTMSJ
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 20, 2023
“Laporan polis sudah dilakukan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut, saya mohon mana-mana individu yang mengenali lelaki ini tampil memberikan maklumat kepada polis,” katanya.
Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan telah mengesahkan kejadian itu, dan memberi jaminan bahawa polis sedang mengambil tindakan untuk mengesan dan menahan suspek ketika ini.
Sumber: Twitter