masjid baling cat jamek kariah taman kucai lunas
in

Lelaki ditahan baling cat ke perkarangan Masjid, dakwa alami halusinasi akibat dadah

Seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditahan polis kerana dipercayai membaling tin cat putih di pekarangan Masjid Jamek Qaryah di Taman Kucai, Kulim pada 19 September 2023 lalu.

Kejadian itu dirakam CCTV masjid itu, menunjukkan seorang lelaki bertindak mengunci pintu pagar masjid berkenaan dan mencampakkan sebuah tong cat berwarna putih pada 3.26 pagi dan pihak pengerusinya telah membuat laporan polis pada jam 10.30 pagi hari yang sama.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, tindakan suspek menimbulkan isu kerana kononnya suspek telah membuang lemak khinzir di perkarangan masjid, namun polis menafikan perkara tersebut kerana ia tidak membabitkan isu agama.

“Bagaimanapun tiada sebarang kerosakan dan kerugian pada pihak masjid berkenaan.

“Hasil siasatan juga mendapati, kes ini tiada kena mengena dengan keagamaan kerana ia bukannya lemak babi sebaliknya cat yang sudah keras,” katanya.

@abangtrico

♬ bunyi asal – AbangTrico

“Kejadian telah dilakukan oleh seseorang yang berada di bawah pengaruh dadah dan bila kita periksa dia positif dadah, dalam pengakuannya dia ada halusinasi yang mana ada seseorang yang membisikkan sesuatu kepadanya.

“Jadi di sini saya tegaskan isu-isu sensitif seperti ini bukan ada kena mengena dengan keagamaan,” katanya pada sidang media pada Ahad.

Lelaki itu ditahan pada pukul 4 pagi hari Ahad di tepi Jalan Batu 6, Sungai Seluang, Lunas, Kulim, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

@mohamad_yie Replying to @rose_iman #viral #kes #Khianat #Masjid ♬ original sound – 🇲 🇴 🇭 🇦 🇲 🇦 🇩  🇾 🇮 🇪

“Hasil soal siasat awal telah mendapati suspek mengaku terlibat di dalam kes sebelum ini dan ingin mengulangi tindakan tersebut kerana dikatakan ada bisikan kepadanya,” ujar beliau.

Menurutnya, tangkapan tersebut adalah hasil maklumat orang awam yang melihat suspek menaiki sebuah van berwarna biru dan telah membaling beberapa batang colok di hadapan pintu utama masjid.

Tambahnya, hasil semakan rekod lampau mendapati lelaki itu mempunyai empat kes dadah yang telah dihukum.

Kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengundang ancaman kepada agama dan perkauman di mana sabit kesalahan boleh dipenjara dua hingga lima tahun.

Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 27 September 2023 ini bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

musa hassan qistina lim kahwin

Bekas Ketua Polis negara Tan Sri Musa Hassan, berkahwin dengan Qistina Lim

afdlin shauki berkahwin kawin kahwin

Afdlin Shauki sahkan sudah bernikah dengan pengurusnya, dapat restu bekas isteri dan anak