Sokongan penuh semangat dan sorakan peminat semasa acara sukan, khususnya di stadium, adalah perkara biasa. Kumpulan yang terkenal di Malaysia ialah Ultras Malaya, sentiasa memberi sokongan penuh semangat mereka terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, semasa perlawanan antarabangsa.
Menariknya, sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah telah mengamalkan gaya Ultras Malaya untuk menyatakan sokongan pada pasukan sekolah mereka, seperti yang anda boleh tonton dari video @nzrlnjmiii ini.
@nzrlnjmiii hanya penerus legasi #fyp #ultras #semekar #foryourpage ♬ original sound – Naz.
Semangat oleh para pelajar ini harus kita berikan pujian, kerana tenaga yang dipamerkan itu sama seperti Ultras Malaya di stadium, ketika menyokong pasukan kebangsaan.
Sumber: TikTok