Kementerian Pendidikan menggesa pelajar untuk segera melaporkan sebarang kejadian buli yang mereka temui atau saksikan.
Jelasnya, aduan tersebut boleh dibuat melalui Portal Aduan Buli (https://www.moe.gov.my/aduanbuli) secara atas talian, emel, panggilan telefon atau WhatsApp ke nombor 014-8009325.
Menteri Fadhlina Sidek, menekankan kepentingan mendapatkan bantuan tanpa mengira kesan mental atau fizikal, bagi mengelak kejadian seperti itu tidak berulang pada masa hadapan.
“Saya ingin berpesan supaya terus megamalkan nilai dan peribadi mulia, tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang berbahaya, menganggu atau mencederakan orang lain, berperlakuan tidak sopan dan beradab serta sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada tindakan disiplin dan jenayah.
“Jaga diri, jaga tingkah laku dan teruskan menjadi seorang pelajar yang berakhlak mulia dan berintegriti,” katanya di laman Facebook hari ini.
Selain itu, beliau menggalakkan ibu bapa dan pelajar untuk memanfaatkan cuti sekolah yang akan datang dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah.