kaming cuti labgkawi
in

Khairul Aming kekal jadi bos paling power – mengajak 60 staf bercuti di Langkawi dengan beri duit bonus

Pempengaruh Khairul Amin Kamaruzzaman, yang terkenal dengan nama Khairul Aming, terus memberi ganjaran kepada pekerjanya lagi. Kali ini, kesemua 60 pekerjanya diajak pergi mengikuti percutian mewah selama lima hari di Langkawi, Kedah.

Khairulaming, berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram dia, turut menutup sementara kilangnya selama lima hari untuk merealisasikan hasrat percutian tersebut. Usahawan berusia 30 tahun itu turut menyediakan penginapan hotel bertaraf lima bintang kepada pekerjanya, menaiki jet ski, termasuk menyewa kapal persendirian untuk merasai suasana matahari terbenam.

Sebagai tambahan kepada pengalaman luar biasa itu, Khairulaming turut memberikan pasukannya bonus tambahan, membolehkan mereka untuk pergi membeli-belah. Baginya, semua yang dia lakukan adalah tanda terima kasih dan penghargaan kepada pekerjanya yang berdedikasi.

Ini bukan kali pertama Khairulaming berbelanja lebih kepada pekerjanya. Sebelum ini, semasa Hari Raya Aidilfitri, beliau membawa mereka semua membeli-belah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, serta berbuka puasa di hotel di samping duit bonus.

Sumber: Instagram

220922152154 01 moon world resort

Dubai sedang membangunkan bulan dengan harga $5 billion

ff9 plats alt

Nombor plat FF9, FF99, FF999 rupanya dibeli oleh individu yang sama