61680523260 RamkarpalSingh
in

Kesalahan cubaan bunuh diri seksyen 309 kanun keseksaan dimansuh

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin, bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri. Rang undang-undang itu mendapat majoriti undi menyokong dan dibincangkan oleh lapan ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang.

Timbalan Menteri di JPM (Perundangan dan Pembaharuan Institusi), Ramkarpal Singh, membentangkan rang undang-undang itu dibacakan pertama kali pada 4 April 2023. Beliau menegaskan bahawa pemansuhan Seksyen 309, akan menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes cubaan bunuh diri di Malaysia dan menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan.

“Dengan ini ia akan menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri,” katanya ketika membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Ramkarpal menekankan bahawa Seksyen 309 adalah peruntukan dari abad ke-19, berdasarkan kepercayaan lapuk bahawa tindakan menjenayahkan adalah cara terbaik untuk menghalang perbuatan percubaan membunuh diri. Kerajaan turut mengakui bahawa negara lain menggunakan pendekatan rawatan, dan bukannya pendakwaan untuk menangani isu ini. Oleh itu, pemansuhan Seksyen 309 dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam menyelaraskan amalan antarabangsa.

“Namun begitu, kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah peruntukan Seksyen 305 dan 306 Akta 574 akan dikekalkan menjadi suatu kesalahan, dengan persubahatan dalam cubaan bunuh diri akan turut dijadikan kesalahan jenayah di bawah peruntukan sama,” jelasnya

Sumber: Berita Harian

rjnaeverest1 1684744543

Seorang lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya menakluki Gunung Everest

whatsapp 2022 sixteen nine

WhatsApp membenarkan pengguna mengedit mesej tetapi hanya selama 15 minit sahaja