polis kereta curiga kulai
in

Kereta mencurigakan seperti polis cuba tahan pemandu di lebuhraya sekitar Kulai

Kemaskini: Pemilik video berkenaan telah hadir membuat laporan polis, dan kes itu kini dalam siasatan polis. – Sumber

Sebuah video kejadian yang dikatakan berlaku di Kulai, Johor, menunjukkan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) cuba menahan kereta lain.

Kereta putih itu juga menggunakan lampu strob, sama seperti yang digunakan oleh kenderaan penguatkuasa undang-undang. Bagaimanapun, rakaman yang tidak mendedahkan tarikh sebenar kejadian itu, memaparkan kereta terbabit hanya berhenti sebentar di hadapan kenderaan mangsa sebelum kembali meneruskan perjalanan.

“Adakah ini polis sebenar? Kerana saya tidak melihat sebarang lencana polis di sebelah kereta,” soal pengguna Facebook yang berkongsikan video tular berdurasi satu minit 40 saat itu.

Adalah salah dari segi undang-undang untuk kenderaan persendirian memasang lampu strob, serta mengikut Peraturan 24 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (lalulintas Jalan) 1959, hanya kenderaan polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja yang mempunyai hak laluan di jalan raya Malaysia.

Bagaimanapun, Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan) 1959 menyatakan Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa mengecualikan mana-mana kenderaan daripada mematuhi mana-mana kaedah sedia ada.

Sumber: Facebook

warga asing jerut kucing

Kejam! Warga asing jerut kucing dileher, dan digantung di tingkap

351125884 1134965001227534 6191890072176049011 n

Cermin mata Rahmah diperkenalkan, harga bermula RM50 hingga RM100