ipta ganu konsert
in

Kerajaan Terengganu akan siasat konsert hiburan dilakukan di dalam IPTA negeri itu

Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan akan melancarkan siasatan berhubung dakwaan konsert hiburan yang berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu.

Konsert yang dilaporkan membabitkan percampuran lelaki dan wanita itu dikatakan melanggar Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satiful Bahri Mamat menyatakan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengumpul maklumat lanjut berhubung penyebaran video konsert itu.

“Tidak sepatutnya berlaku kerana garis panduan (hiburan) bukan perkara baharu di Terengganu.

“Walaupun berlaku di dalam kawasan persendirian sekalipun, kena ikut garis panduan tersebut kerana ia dasar kerajaan negeri (Terengganu),” katanya di sini, hari ini.

Tegasnya, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam kawasan kampus. Penyebaran video berdurasi 37 saat yang merakamkan kelibat lelaki dan wanita dipercayai pelajar IPTA sedang menikmati konsert dan menari bersama menjadi tular di media sosial.

Sebagai maklum balas, pejabat naib canselor IPTA mengesahkan bahawa siasatan dalaman berhubung perkara itu sedang dijalankan.

Sumber: Buletin TV3

wakil perhilitan tembak monyet sunway

Penduduk perumahan di Sunway Batu Caves tidak berpuas hati wakil Perhilitan tembak monyet dikawasannya

penari belgium tarian malaysia

Penari Belgium ini menunjukkan tarian tradisional Zapin, Joget di Inang di Malaysia