AFDTD5ORLZNYJDUWFXESDM7ESU
in

Kerajaan sedang rancang tindakan yang dikenakan sekiranya syarikat penerbangan tidak tepati waktu

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, membentangkan Pencapaian Ketepatan Waktu bagi penerbangan domestik di Dewan Rakyat pada Khamis, mengetengahkan prestasi syarikat penerbangan Malaysia dan menggariskan rancangan kerajaan untuk menangani masalah kelewatan penerbangan.

Malaysia Airlines, syarikat penerbangan nasional negara telah mencapai kadar ketepatan masa sebanyak 79 peratus pada suku ketiga 2023, manakala SKS Airways mengatasi semua syarikat penerbangan lain dengan kadar ketepatan masa 95 peratus. AirAsia pula berkongsi kadar ketepatan masa terendah dengan Malaysia Airlines pada 74 peratus sahaja.

Berdasarkan data tersebut, Menteri Loke menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan syarikat penerbangan mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan Malaysia, yang menangani isu berkaitan masalah kelewatan penerbangan. Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kini sedang meneroka strategi untuk menetapkan sasaran prestasi mengikut masa (on time performance).

2425142

“Kalau mereka tak dapat mencapai prestasi mengikut masa itu, maka kemungkinan ada sesuatu tindakan yang akan diambil,” katanya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Menteri mengakui kerumitan terhadap isu tersebut, menyedari bahawa terdapat pelbagai faktor yang mungkin terjadi, bukan sahaja hal operasi syarikat penerbangan sahaja yang menyumbang kepada kelewatan penerbangan. Keadaan cuaca misalnya, boleh memberi kesan ketara kepada jadual penerbangan dan kadar ketepatan masa.

Menjawab soalan tambahan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) berhubung pengeluaran amaran dan denda, Loke menegaskan bahawa kerajaan akan memantau dengan teliti prestasi syarikat penerbangan dan melaksanakan langkah sewajarnya untuk menangani isu ketepatan masa yang berterusan.

Sumber: Astro Awani

maxresdefault 27

Treler pertama siri animasi Marvel What If…? musim kedua telah tiba

kebajikan haiwan penang ke 3

Pulau Pinang muncul negeri ke-3 dengan masalah kebajikan haiwan selepas Kuala Lumpur dan Selangor