2144254
in

Kerajaan Pulau Pinang akan bawa pulang 41 rangka manusia prasejarah dari Belanda

Kerajaan Pulau Pinang sedang dalam proses membawa pulang 41 rangka prasejarah yang digali di Pulau Pinang pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Rangka itu kini disimpan di Pusat Pengumpulan Belanda (CCNL) di Belanda.

Kerajaan Pulau Pinang melawat CCNL pada Mac 2023 untuk mengesahkan kewujudan rangka tersebut dan menjalankan kerja analisis ke atasnya.

c78b27af 2217 476c a8fa 84f14569dc6b

“Lawatan ke The Hague dan Collection Center Netherlands (CCNL), Belanda sudah diadakan pada 22 hingga 24 Mac lalu dan ia merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam proses membawa pulang pecahan 41 rangka manusia Guar Kepah iaitu aset warisan prasejarah zaman Neolitik yang kini tersimpan di CCNL.

“… ia sekali gus bagi menentusahkan keberadaan dan menjalankan kerja-kerja analisis terhadap rangka terbabit,” katanya.

Kerajaan Belanda juga telah menyerahkan surat perjanjian menyatakan kepentingan peninggalan Guar Kepah untuk dikembalikan ke Malaysia dan kesediaan Belanda memenuhi permintaan itu.

Kerajaan Belanda juga akan membiayai analisis pentarikhan untuk 41 rangka berkenaan di Pusat Penyelidikan Isotop (CIO), Universiti Groningen dengan anggaran penjimatan AS$246,000 (RM1.17 juta) kepada kerajaan negeri dan persekutuan.

Shariful Idzwan Sahidan bernama

“Data saintifik yang diperoleh itu akan menjadi data penting bagi rangka terbabit untuk dipamerkan di galeri kelak dan Kerajaan Belanda menunjukkan kerjasama yang baik berasaskan komitmen untuk terus menyimpan serta memelihara aset warisan kerajaan negeri dan secara tidak langsung Malaysia, sehingga ia dipulangkan pada suku pertama 2024 ke negara ini.

“Hal ini sekali gus menjadi faktor utama kepada pelaburan masa depan kerajaan Pulau Pinang dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan pelancongan,” katanya lagi.

Rangka itu dijangka dikembalikan ke Pulau Pinang pada suku pertama 2024.

Sumber: Harian Metro

jalan selangor

Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk membina laluan khas motosikal di bandar

FAM logo

Jawatankuasa Tatatertib FAM denda JDT RM30,000 dan Selangor FC RM23,000